Posts

Showing posts from April, 2017

Kebaikan dan keburukan whatapps

Dunia kini semakin pantas dengan pelbagai teknologi terkini, “hardware” dan “software” terkini, media sosial seperti ‘facebook’, ‘we chat’, ‘skype’, ‘twitter’, ‘instagram’, blog-blog, emel menjadi kegilaan ramai termasuklah fenomena terkini aplikasi ‘whatsapp’. Memandangkan penggunaan ‘whatsApp’ begitu popular di kalangan pengguna telefon pintar termasuk majoriti pelajar kerana aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan penggunaannya untuk berhubung secara percuma berbanding khidmat SMS dan telefon yang berbayar menyebabkan saluran ‘whatsapp’ menjadi saluran utama untuk menyalurkan maklumat.           Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Whatsapp, sebuah laman sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini di semua peringkat usia. Whatsapp adalah sebuah laman web sosial